“Perang Itu Tidak Lain Melainkan Seperti yang Telah Kalian Ketahui dan Rasai”
Apa yang sedang dilakukan oleh Israel sejak
sekian lama di Palestin dan Gaza yang mulia — berupa pembunuhan beramai-ramai,
genosid, pembunuhan secara sistematik, pemusnahan, kelaparan, pengusiran,
pengeboman, kepungan yang menyeluruh, serta penghalangan terhadap ubat-ubatan,
makanan dan air, bahkan mencegah konvoi bantuan kemanusiaan yang menuju Gaza
bagi membantu mereka yang tertindas, merawat yang cedera dan sakit, serta
memberi makanan kepada yang kelaparan — mengatasi apa yang dilakukan oleh
Hitler semasa pemerintahannya yang zalim dan kejam. Kekejaman itu melampaui
peristiwa Holokaus yang didakwa menimpa kaum Yahudi, yang mana mereka berjaya
meraih simpati dunia dengan kisah tersebut serta terus menjadikannya alat
meraih keuntungan moral dan kewangan. Dunia bahkan dipaksa menggubal
undang-undang yang mengkriminalkan sesiapa yang menentang atau menafikan
berlakunya tragedi itu. Namun, zaman itu telah berlalu, dan kesannya hanya tinggal
dalam lipatan buku sejarah.
Apa yang sedang dilakukan oleh Israel hari ini
dari segi kekejaman dan pencerobohan, jenayah perang dan tindakan kejam
berskala besar yang menyerupai Holokaus, telah tersebar luas melalui media
sosial dan saluran media bebas, dan telah berlangsung sejak sekian lama. Namun,
kuasa-kuasa dunia yang kononnya memperjuangkan keadilan, hak asasi manusia,
keamanan sejagat, dan menghukum pihak penceroboh serta menyokong pihak yang
tertindas — kesemuanya membisu terhadap kekejaman ini. Malah, mereka
mempertahankan pelaku pembunuhan beramai-ramai di Gaza yang telah berlangsung
lebih setahun setengah, dan menyerang sesiapa sahaja yang tidak sehaluan atau
tidak tunduk kepada kehendak mereka.
Israel yang kononnya pernah menjadi mangsa kekejaman
Hitler dahulu, kini meniru dan mencontohi segala kekejaman itu. Holokaus yang
pernah mereka deritai, kini mereka ulangi dengan lebih ganas dan sistematik.
Seolah-olah Hitler menjadi idola mereka dan Holokaus menjadi teladan mereka.
Bukti terbaru adalah serangan terhadap Iran, yang menyasarkan tokoh-tokoh
utama, tapak nuklear, dan kawasan kediaman.
Yang lebih mengejutkan, kuasa-kuasa besar
dahulu pernah bersatu dan bersekutu untuk melawan kekejaman Hitler. Namun kini,
"Hitler zaman ini" menerima sokongan penuh daripada kuasa-kuasa Barat
yang dahulunya menentang Hitler Jerman. Bahkan, kekejaman yang dilakukan Israel
mendapat pelbagai justifikasi dari kuasa-kuasa besar dunia, malah mereka
mempertahankan Israel dan membatalkan setiap resolusi yang tidak memihak kepada
rejim Zionis di PBB. Mereka juga menutup telinga daripada mendengar seruan dan
rayuan kemanusiaan, serta demonstrasi besar-besaran dari seluruh pelosok dunia
yang menuntut supaya sekatan zalim ke atas Gaza dihentikan. Israel terus
melanggar hak asasi manusia dan piagam PBB, membunuh lelaki, wanita dan bayi
tanpa belas kasihan, serta mengancam untuk menghapuskan seluruh penduduk Gaza.
Ini dibuktikan melalui kenyataan-kenyataan mereka yang bersifat perkauman dan
provokatif.
Satu lagi bentuk hipokrasi Barat ialah apabila kuasa-kuasa dunia menganggap segala tindakan Israel sebagai "hak mempertahankan diri", manakala tindakan balas dari pihak pejuang Palestin dianggap sebagai kezaliman dan keganasan. Dasar Amerika yang hipokrit di Timur Tengah terserlah secara harian menerusi keberpihakan mereka yang membuta tuli terhadap negara Zionis yang agresif dan bercita-cita meluaskan tanah jajahan, dengan mengorbankan hak-hak Arab dan prinsip keadilan antarabangsa. Sikap Amerika terhadap senjata nuklear di Iraq dan Iran, berbanding dengan Israel dan negara-negara Eropah, menunjukkan sikap berat sebelah mereka.
Bagi mereka,
senjata nuklear adalah keperluan untuk keselamatan dan kelangsungan jika
dimiliki oleh negara sekutu, tetapi ia dianggap ancaman jika dimiliki oleh
negara yang bukan sekutu. Sumber-sumber maklumat antarabangsa mengesahkan
bahawa serangan terkini Israel telah dilancarkan dengan restu kuasa dunia. Ini
mencerminkan dasar dunia yang hipokrit dalam menilai tindakan negara dan rakyat
yang berusaha mempertahankan keselamatan, kelangsungan dan kepentingan mereka.
Satu tindakan dianggap keganasan dan perlu ditentang, manakala satu lagi
dianggap sebagai hak yang sah dan wajib disokong.
Suara hati nurani kemanusiaan perlu bangkit
bersatu untuk menghentikan negara pengganas yang sedang melakukan genosid
terhadap rakyat Gaza. Kekejaman di Gaza tidak akan dapat dihentikan kecuali
jika nurani kemanusiaan sedunia bersatu menentangnya. Inilah hakikat tamadun
yang mendukung prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebebasan — seperti yang
dianjurkan oleh Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan
perjanjian-perjanjian hak asasi antarabangsa serta agensi-agensi kemanusiaan
global. Suara-suara bersatu ini perlu bertindak seperti satu mahkamah keadilan
sejagat yang mengutuk pihak yang menyerang, walaupun ia sebuah negara besar,
dan mengambil tindakan terhadapnya agar tiada lagi pihak yang lemah dan
tertindas terus dieksploitasi.
Sesungguhnya peperangan bukanlah penyelesaian
bagi konflik, pertikaian dan krisis, kerana akibatnya sangat dahsyat dan telah
dibuktikan oleh pengalaman Eropah sendiri.
Maka, adalah bijak bagi mereka yang pernah
mengalami pengalaman pahit peperangan untuk menghalang para pemimpin gila kuasa
dan bodoh daripada mengulangi pengalaman tragik menindas dan menghina rakyat.
Akhbar British The Guardian telah
menyiarkan satu artikel oleh wartawan Mustafa Bayoumi yang menyatakan bahawa
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menjadikan perang sebagai
penyelesaian bagi semua masalah dalaman negaranya. Dalam artikel yang
diterjemahkan oleh “Arabi21”, disebut bahawa Netanyahu percaya bahawa kekuatan
perang akan menyatukan rakyat Israel dan membungkam sebarang kritikan dari
Amerika Syarikat. Ini penting kerana peralatan perang yang diperlukan Israel
kebanyakannya datang dari Washington. Dengan menyerang Iran, Netanyahu sedang
berusaha untuk menarik Amerika Syarikat ke dalam perang yang tidak
berpenghujung di rantau ini, dan menyalakan api peperangan di seluruh dunia.
Bayoumi menulis: "Jika ada satu perkara yang tidak diperlukan oleh penduduk
rantau ini, maka ia adalah lebih banyak perang. Kerana gema perang itu akan
bergema dengan dasyat ke seluruh Eropah dan seluruh dunia. Di manakah para
pemimpin Eropah sekarang?"
Nota: Semua artikel yang diterbitkan adalah pendapat
penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian rasmi Kesatuan Ulama Muslimin
Sedunia.